Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur ( operasi ), Kapten Maritim V . Pannir Selvan a/l Veloo berkata, mereka yang menangkap ikan secara haram itu mengibarkan Jalur Gemilang supaya kegiatan mereka tidak dicurigai.
 
"Bot itu ditahan kira-kira pukul 1.45 petang pada kedudukan  16.5 batu nautika dari Pulau Tioman. Mereka cuba melarikan diri apabila didekati namun bot mereka berjaya dipintas," ujarnya di sini hari ini
 
Beliau memberitahu, pemeriksaan awal ke atas bot tersebut mendapati hanya sembilan nelayan berada atas bot  dan selebihnya ditemukan bersembunyi termasuk dalam ruang penyimpanan ikan.

Menurut beliau, kesemua nelayan yang berusia 18 hingga 40 tahun  tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tidak mempunyai permit  untuk menangkap ikan di perairan negara ini.

Pihaknya juga turut merampas sebanyak lima tan ikan pelbagai jenis bersama 30 kilogram sotong, dengan nilai keseluruhan  termasuk bot dan peralatan menangkap ikan dianggarkan  RM 1.2 juta.

"Kita mengesyaki, kebanyakkan hasil tangkapan tersebut dibeli daripada bot nelayan tempatan yang menggaji nelayan asing kerana tarikan harga lebih tinggi,"ujarnya.

Sehubungan itu juga , beliau memberikan amaran kepada pemilik bot nelayan tempatan yang mengejar keuntungan besar itu dengan mengetepikan kepentingan masyarakat dan negara menghentikan perbuatan sedemikian kerana mereka bakal berdepan hukuman berat jika sabit kesalahan.