ABDUL RAHMAN BAKAR
ABDUL RAHMAN BAKAR

 Kelab yang bakal menghimpunkan bekas-bekas pemimpin Pemuda UMNO negeri ini di era Perdana Menteri menerajui pergerakan itu juga bagi menyemarakkan semangat perjuangan parti.

 Pengerusi kelab itu, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata,  pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

"Majlis di kediaman Menteri Besar itu dijangka dihadiri lebih 1,000 orang termasuk kalangan para Exco Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, veteran UMNO dan para pemimpin masyarakat,"ujarnya di sini hari ini.

 Katanya, kelab ini juga akan turut berperanan membantu ke arah kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Kita tidak mahu berpeluk tubuh sahaja. Kelab ini juga akan dijadikan platform untuk kembali bergerak menggandakan perjuangan sekali gus menangkis segala usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE