Beliau yang mengatasi 17 peserta lain, kebanyakannya wanita akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Tempat kedua disandang oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun, Fatihah Arif Fabilah,19, manakala Nik Amierah Nooraisyah Maroof,20, lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di tempat ketiga.

Kesemua mereka memilih salah satu daripada puisi dalam antologi Lantera Zaman terbitan Gapena yang dijadikan teks wajib.

Program anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena) bersama kerabatnya Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) dengan dokongan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu berlangsung di Perpustakan Awam Negeri yang turut dihadiri Ketua Satu Pelita, Kamaruzman Ismail.

Sayembera dihakimi oleh S.M Noor dan Abdul Mubin Ismail mankala hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ketua Unit Sastera DBP Wilayah Timur, Muhammad Ikram Fadhly Husin.

Sayembara tradisi tahunan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan itu antara lain bagi menyemaikan kecintaan terhadap seni sastera di samping mengukuhkan semangat patriotisme melalui pengucapan puisi.-UTUSAN ONLINE