Langkah pihak berkuasa menggali di empat lokasi di pantai itu yang dimulakan petang semalam dengan menggunakan jengkaut dan diteruskan hingga lewat petang tadi, selain dibantu oleh Unit Anjing Pengesan belum menemukan jawapan.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi bagaimanapun berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti puncanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan pada pukul 3.30 petang semalam berkenaan mengenai bau yang menusuk dan sangat mencurigakan itu.

"Pihak kami bergegas ke tempat kejadian bagi menjalakan siasatan dan kita terpaksa meminta bantuan pengendali jengkaut untuk mengorek lubang dan disambung semula hari ini, namun kita tidak menemui sebarang petunjuk," ujarnya.

Bau busuk yang menimbulkan suasana tidak selesa itu disedari oleh pekerja sebuah kedai makan berhampiran dan beberapa pengunjung.

Menurut salah seorang pekerja, Noor Hafiz Che Musa, 22, bau itu mula dikesan tengah hari semalam yang semakin kuat terhidu setiap kali angin bertiup.

"Bau macam bangkai itu semakin kuat dan menimbulkan rasa kurang selesa menyebabkan pelanggan cepat-cepat makan dan terus bayar harga untuk cepat keluar," katanya.

Menurutnya selepas itu dia terus pergi ke kawasan pantai tersebut dan bau busuk itu semakin kuat apabila dia menghampiri satu kawasan yang agak berlubang.

Katanya, dia berusaha mengorek lebih dalam tetapi tidak menemukakan apa-apa, dan seorang pekerja pembersihan yang kebetulan berada di situ menasihatkannya supaya membuat laporan polis. - UTUSAN ONLINE