Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB negeri, Mohd. Nazri Puteh berkata, pembangunan di tapak komersial berimpak tinggi seluas 0.971 hektar itu dijangka dapat dimulakan tahun ini membabitkan kos melebihi RM100 juta.

Katanya, walaupun berlaku peralihan kuasa di di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu namun ia tidak menjejaskan pelaksanaan projek yang kini dalam peringkat pengambilan tanah.

“Setakat ini kita sudah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan seterusnya, beliau (A.Rahman) akan berunding dengan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Jika semuanya berjalan lancar dan kedua-dua pihak selesai memeterai memorandum persefahaman (MoU), saya fikir tahun ini kita boleh mulakan pembinaan bangunan berkembar itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bangunan berkembar TNB Terengganu yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan itu bakal menempatkan pejabat di samping kemudahan hotel, dewan persidangan dan pusat beli-belah.

Menurut Mohd. Nazri, reka bentuk bangunan berkembar itu merupakan yang pertama seumpamanya bagi cawangan TNB di peringkat negeri. - UTUSAN ONLINE