SAID SAMAH
SAID SAMAH 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Bahrudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan penemuan mayat Said Samah , 73, dalam keadaan terbaring di dalam longkang yang cuma terletak berhampiran rumahnya.

"Mangsa dikatakan nyanyuk telah keluar dari rumahnya ketika hujan lebat lewat petang. Sebelum ini mangsa sering dilihat merayau di sekitar kawasan terbabit dan sering dihantar pulang oleh anggota polis dan orang ramai apabila tidak mengingati jalan pulang," katanya.

Jelas Baharuddin lagi, selepas usaha pencarian oleh keluarga mangsa menemui jalan buntu, anak perempuan mangsa kemudiannya cuba mencari di sebuah longkang yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

"Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Ketengah Jaya bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan terhadap mayat tidak menemukan sebarang unsur -unsur jenayah.

"Mayat warga emas terbabit kemudian diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE