Mangsa, Wee Ang Ngoo,55, pemandu forklift di sebuah gudang di Kampung Fikri tinggal bersendirian di rumah itu setelah kematian adiknya dua tahun lalu.

Jiran mangsa, Asma Noor Azani 28, memberitahu, dia melihat mangsa pulang pukul 5.30 petang semalam namun tidak menyalakan lampu sehingga malam.

Katanya, curiga dengan keadaan itu, dia cuba memanggil mangsa beberapa kali tetapi tidak bersahut, lalu memaklumkan kepada jiran-jiran lain yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

Pihak polis yang datang kemudiannya menemuka mangsa yang sudah meninggal dunia dalam keadan terlentang di atas kali dengan kaki terjulur ke lantai. Namun punca kematian setakat ini belum disahkan. - UTUSAN ONLINE