Muhammad 'Afeef
Muhammad 'Afeef

Dalam kejadian di Kampung Langkap kira-kira pukul 9.15 pagi itu, Muhammad ‘Afeef Mohd Adnan, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek yang tidak ke sekolah kerana sakit kaki selepas terjatuh semalam, meninggal di tempat kejadian.

Mangsa yang kurang sihat ditinggalkan di bawah jagaan neneknya pagi ini oleh bapanya, Mohd Adnan Che Ibrahim, 34, sebelum ke tempat kerja.

Ahli farmasi itu memberitahu, anaknya yang belajar dalam kelas pendidikan khas itu mengadu sakit kaki selepas terjatuh ketika mendaki bukit berdekatan rumah mereka di Chalok, petang semalam.

“Saya menghantar Muhammad ‘Afeef ke rumah neneknya sebelum ke tempat kerja.

“Saya amat terkejut apabila menerima panggilan ahli keluarga memaklumkan tentang kejadian itu.

“Anak saya dikatakan berada di tepi jalan berhampiran lori ais sebelum dirempuh kenderaan itu ketika mahu bergerak selepas selesai menghantar ais di kedai runcit berkenaan.

“Pemandu itu dikatakan tidak sedar bahawa anak saya ada di situ,”ujarnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, ketika kejadian pemandu lori dikataka ingin meneruskan perjalanan selepas selesai menghantar bekala di kedai runcit di situ.

“Pemandu berasa terlanggar sesuatu dan terkejut melihat seorang kanak-kanak di bawah lori.

“Pemandu berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setiu dan pihaknya sudah mengambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau kepada pemberita. - UTUSAN ONLINE