Majlis itu diadakan kelmarin, serentak dengan pelancaran tabung pengumpulan dana di Dewan Aspirasi Kampus Dungun yang yang disempurnakan oleh Pegawai Agama Daerah, Mohd. Zamri Nik.

Menurut kenyataan institu­si­ itu hari ini, sambutan amat menggalakkan dengan 30 meja melibatkan empat kategori pakej sumbangan bernilai RM3,000 sehingga RM15,000 telah terjual.

Yang turut hadir, Rektor UiTM Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi dan Penolong Rektor UiTM Kampus Bukit Besi, Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman.

Masjid ini bakal dikenali sebagai Pusat Hidayah yang akan turut menyediakan kemudahan seperti ruang serbaguna dengan kapasiti 1,000 orang.

“Masjid ini akan dibina ber­dekatan dengan pintu pagar A, yang mana boleh juga diakses oleh masyarakat setempat di Bukit Besi.

“Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan RM6 juta dan memerlukan dana awal berjumlah RM3 juta. Sehingga hari ini (kelmarin), jumlah dana terkumpul hampir melangkaui RM70,000,” kata kenyataan itu.

Pengumpulan dana ini adalah secara berterusan dan sumbangan boleh disalurkan melalui Bank Islam 13044010027175 UiTM.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Noraida Mat Husin (19-9864324) dan Talmizi Muda (019-9856165).