Pameran selama tiga hari berakhir esok berjaya menggamit puluhan ribu pengunjung untuk menyaksikan pelbagai teknologi baharu sektor berkenaan selain produk hasil tani.


Lembu sado yang paling mencuri tumpuan ialah baka Charolis yang berusia empat tahun bernilai RM20,000 milik Ahmad Ramali Mohd. Nor dari Kuala Terengganu.


Juga lembu yang dinamakan Atam berusia tiga tahun 8 bulan berharga 18,000 dari baka Belgium Blue milik Ibrahim Mohammad dari Kampung Gong Pak Masih dan lembu milik Mohd. Fauzi Abdul Rahman dari Kampung Atas Tol Kuala Terengganu berusia dua tahun dengan nilaian harga 16,000.


Seekor lagi lembu Charolis milik Razak Deraman dari Kampung Lembah, Pengkalan Setor, Besut baru berusia dua tahun bernilai RM12,000.


Jurucakap Jabatan Veterinar negeri memberitahu berkata, keempat-empat ekor lembu terbabit adalah di antara lembu sihat terbaik negeri ini hasil penternakan dalam kurungan.-UTUSAN ONLINE