Pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Datuk Din Adam yang juga Pengerusi Ketengah Holdings di pekarangan RTC Terengganu.

Program julung kali dengan larian sejauh sejauh 3.5 kilometer itu dianjurkan sebagai salah usaha membudayakan gaya hidup cergas, memupuk semangat kesukanan di samping mengeratkan hubungan masyarakat dengan warga Ketengah.

Sempena program itu yang turut dihadiri Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail, Din menyampaikan sumbangan Ketengah Holdings sebanyak RM5,000 kepada Pusat Dalam Komuniti (PDK) AMBS sementara Majlis Kanser Negara menerima sebanyak RM2,000.- UTUSAN ONLINE