Ini termasuklah songket yang didaftarkan pada 2014 di sam­ping batik, tembaga Ladang, ukir­an kayu Besut, keropok Losong, keropok lekor, bot Pulau Duyong dan nasi dagang Terengganu pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, langkah itu memberikan hak eksklusif kepada pengusaha-pe­ngusaha menggunapakai GI yang bertindak sebagai mekanisme pemasaran.

Katanya, masih banyak produk negeri dengan keistimewaan dan tarikan tersendiri boleh dikete­ngahkan, dan didaftar sebagai har­ta intelek antaranya karaftangan, pembuatan senjata dan sate Jabi dalam usaha membendung pihak lain meraih keuntungan menjenamakan produk mereka.

“Oleh itu kalangan usahawan di negeri ini disaran mendaftar harta intelek mereka dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi melindungi produk, jenama dan reka cipta mereka daripada dimanipulasi atau diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil GI dan Perasmian Seminar Harta Intelek Peringkat Zon Timur di YPU di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Perbadanan MyIPO yang juga Ahli Parlimem Sibuti, Sarawak, Ahmad Lai Bujang; Timbalan Ke­tua Pegawai Eksekutif YPU, Dr. Tengku Khairi Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Abdul Aziz Ismail.

GI telah didaftarkan pada 14 Mac 2014 oleh MyIPO di bawah peruntukan Akta dan Peraturan GI yang memberi hak eksklusif kepada pengusaha menggunapakai logo GI dalam mengenete­ngah produk keluaran mereka dan melarang pihak ketiga menggunakannya tanpa kebenaran.

Dalam majlis itu, Mohd Iskandar yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Jabi menerima sijil GI daripada Ahmad Lai, mewakili para pengusaha produk berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Lai berkata, kerajaan melalui MyIPO menyediakan dana sebanyak RM500,000 mulai tahun ini bagi menggalakkan pendaftaran harta intelek dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, sejak Januari hingga kini sebanyak 300 permohonan telah diterima dan akan diproses melalui beberapa syarat yang te­lah ditetapkan sebelun kelulusan diberikan.

“Proses kelulusan akan mengambil masa antara enam bulan hingga dua tahun bergantung kepada produk yang ingin didaftarakan sebagai harta intelek yang meliputi cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian dan GI,” katanya.