LAJSM yamg menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai lebih RM200,000 dicorakkan untuk menjadi acara larian penuh gemilang sempena Tahun Melawat Terengganu bertemakan ‘vacay-run’ (berlari dan meelancong).


Buat pertama kalinya pada tahun ini, Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk mengurus dan menjayakan LAJSM.


Penganjur dalam satu kenyataan memberitahu, acara ini dijadikan salah satu platform utama mempromosikan negeri
melalui pelancongan sukan.


Bagi memberi ruang penyertaan meluas pelbagai peringkat usia, LAJSM dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu 42 kilometer, 21 kilometer, 12 kilometer, 5 kilometer dan 3 kilometer (larian ria).


“Lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, namun kali ini terdapat kelainan masa pelepasan.


“Ia akan bermula pada pukul 12 malam dan dijangka berakhir pada pukul 10 pagi,” ujar penganjur dalam kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE