Kursus anjuran IPD Kemaman dengan kerjasama National Association Of Underwater Instructors (NAUI) yang diterajui Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said Ibrahim turut disertai pegawai pelbagai pangkat IPD berkenaan.

Mohd. Said berkata, antara pengisian kursus yang dikendalikan oleh Jurulatih Rescue Team IPD Kemaman, Amran Abu Bakar termasuklah aktiviti menyelamat di air, pengendalian bot dan pelbagai latihan pertolongan cemas lain.

“Sepanjang kursus ini dijalankan para peserta kursus juga turut diberikan peluang mengambil lesen menyelam yang dikeluarkan oleh National Association Of Underwater Instructors (NAUI),” katanya ketika ditemui semalam.

Majlis penutup dan penyampaian sijil tamat kursus disempurnakan oleh Ketua Jabatan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Zakaria Haron yang mewakili Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Yang turut hadir, Ketua Jurulatih NAUI, Amli Abdullah; Pengarah Muzium Terengganu, Muhammad Azmi Ngah serta para pegawai kanan polis Terengganu termasuk Ketua-Ketua Polis Daerah. - UTUSAN ONLINE