Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah pun memberi kelulusan untuk kolej universiti berkenaan ditubuhkan.

"Ini akan membolehkan Genovasi mencapai khalayak yang lebih ramai dan meletakkan kedudukan Malaysia sebagai hab untuk mempromosikan pemikiran reka bentuk.

"Langkah ini selari dengan inisiatif-inisitiaf seperti Persatuan Pemikiran Reka Bentuk Malaysia (DTAM) untuk memperluaskan Genovasi dan pemikiran reka bentuk di rantau ASEAN," katanya ketika berucap dalam satu majlis di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE