Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KISS wajar diperluaskan

Bagi menjana kecemerlangan peribadi murid

A. Latiff Awang
A. Latiff Awang

KUALA TERENGGANU 11 April - Kerajaan negeri berharap Khemah Ibadah Se­kolah-Sekolah (KISS) dapat diperluaskan dengan penyertaan lebih ramai murid bagai membentuk dan menggilap kecemerlangan peribadi mereka selain pencapaian akademik.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang berkata, program seumpama itu seiring de­ngan hasrat kerajaan negeri yang turut memberi dokongan besar dalam mencapai matlamat pendidikan negara.

Selain itu katanya, mereka yang didedahkan dengan program ini boleh turut mula berperanan sebagai imam dan bilal dalam usia muda sekali gus mampu menarik kalangan sebaya mengimrahkan masjid dan surau.

Beliau turut menarik perhatian, selain program-program khusus di sekolah, usaha membudaya amalan hidup selari dengan tuntutan agama perlu menjadi tanggungjawab seluruh warga pendidik tanpa terbatas kepada guru-guru yang bergelar ustaz dan ustazah.

“Semua guru perlu bergerak ke arah yang sama, tidak kira sama ada dia guru Bahasa Ing­geris, Matematik atau Pendidikan Jasmani,” ujarnya ketika berucap menutup KISS Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Nor Hayati L. Isa dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Seramai 272 murid tahun enam dan lima, kalangan pe­mimpin di sekolah seluruh negara menyertai KISS kali ketiga 2017.

Menurut Nor Hayati, program itu merupakan aktiviti pelesta­rian J-Qaf, bagi menjana kemenjadian murid ke arah melahirkan kalangan bakal pemimpin celik ibadah.

Katanya, dengan panduan amal­an ibadah membolehkan mereka kelak turut berperanan memimpin dalam gerak kerja keagamaan kelak dengan kepe­ribadian yang boleh contoh dan ikutan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain