Pengarahnya, Mohd. Zaki Hassan berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak 35 kertas siasatan dibuka selain 44 tangkapan membabitkan pelbagai agensi dan 19 pertuduhan di mahkamah.

Berbanding tahun lalu, jelasnya, 43 kertas siasatan dibuka dengan 40 tangkapan di­­rekodkan selain 16 pertuduhan di mahkamah berkaitan penyelewengan dan rasuah di Terengganu.

“Peningkatan itu selaras de­ngan kesediaan serta keterbukaan masyarakat di Terengganu untuk bekerjasama me­­nyalurkan maklumat me­ngenai penye­lewengan dan ra­suah di negeri ini,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan program Tinjauan Mesra Perdana sempena Sam­butan Hari Antirasuah Sedunia Peringkat negeri di UTC Kuala Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya, Zainal Ayop; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Ne­geri Terengganu (JBSNT), Mohd. Soufi Mohd. Ibrahim dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Amirullah Othman.

Mohd. Zaki menarik perhatian, secara umumnya keba­nyakan kes yang direkodkan itu melibatkan ‘prokumen' atau kesalahan-kesalahan perolehan, bukannya penguatkuasaan sebagaimana biasa yang dikendalikan suruhanjaya itu.

“Umumnya ia banyak melibatkan prokumen, perolehan jenayah seperti pemberian tender dan sebagainya,” ujar­nya.

Beliau turut mengesahkan, kesemua kes yang direkodkan itu tidak membabitkan orang kenamaan.