MOHD. NOR HAMZAH

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Pe­nerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, Bahagian Soko­ngan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) mencatatkan sebanyak 1,077 kes ingkar diadukan sejak 2009 hingga 2017.

Menurut beliau, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 421 kes telah difailkan di Mahkamah Syariah Terengganu bagi tujuan pe­nguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

“Kita sentiasa menyokong penuh usaha dilakukan Jabatan Ke­hakiman Syariah Terengganu da­lam membantu ibu-ibu tunggal di negeri ini.

“Walaupun begitu, kita mendapati kes penceraian di negeri ini masih di peringkat terkawal dan tidak membimbangkan berban­ding negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2018 di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu di sini, semalam.

Yang turut hadir dalam program tahunan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Mai­dam) itu ialah Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd.

Dalam majlis berkenaan, seramai 34 golongan ibu tunggal dari seluruh negeri masing-masing me­nerima bantuan melibatkan jum­lah keseluruhan RM55,050 dan seorang penerima bagi dana pendahuluan nafkah sebanyak RM6,000.

Penerima merupakan dari ka­la­ngan wanita yang dalam pro­ses mendapatkan tuntutan nafkah daripada bekas suami masing-ma­sing di Mahkamah Syariah Terengganu.

Sementara itu, Wan Mohd. Zakri memberitahu, pemberian bantuan nafkah anak oleh Bahagian Soko­ngan Keluarga JKST yang diwujudkan sejak Mac 2014 adalah bersumberkan dana zakat Maidam.

Katanya, sejak 2014 sehingga 2016 lalu, sebanyak 420 orang pe­nerima telah diluluskan permohonan masing-masing bagi bantuan pendahuluan nafkah tersebut yang melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM490,860.

“Daripada jumlah itu, RM55,590 adalah terdiri daripada sumber zakat asnaf fakir miskin dan RM435,270 pula adalah asnaf fisabilillah,” ujarnya.