SATIFUL BAHARI MAMAT
SATIFUL BAHARI MAMAT

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat ketika memberi bayangan itu berkata, soal sedemikian tidak berbangkit dalam situasi sekarang.

“Secara umumnya saya rasa tidak perlu ‘double standard’. Kalau ikut langit terbuka, (filem-fllem) boleh tenguk di mana-mana. Cuma apabila libatkan (sewaan) premis kerajaan sudah pasti ada peraturan agar persekitaran tidak timbulkan timbul unsur negatif.

“Di negara-negara Arab pun ada panggung tak timbul nak tutup atau haramkannya... sekarang ia suatu hiburan dalam masyarakat dan keluarga,”ujarnya kepada pihak media di sini hari ini.

Panggung wayang di PB Sentral di pusat bandar raya ini dikendalikan oleh Lotus Five Star Cinemas bermula Mac 2017 dengan menyediakan 11 dewan yang dibuka secara berperingkat.

Pawangan berkonsep moden itu diberikan kebenaran beroperasi dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan mengambil kira sensitiviti agama dan budaya tempatan.

Namun pembukaan pawagam berkenaan pada awalnya turut menjadi isu yang dibawa ke dalam sidang Dewan Undangan negeri apabila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, Ariffin Deraman (Pas-Alor Limbat ) meminta kerajaan negeri ketika itu mengkaji semula kebenaran yang diberikan.

Ariffin (kini Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri) dilaporkan turut meminta penjelasan daripada kerajaan negeri akan kepentingan pawagam beroperasi semula di Terengganu selepas lenyap dengan sendirinya lebih dua dekad. - UTUSAN ONLINE