Program yang berlangsung di Hotel Permai di sini malam tadi dengan membawa kembali nostalgia alam persekolahan bagi meraikan mereka dan merapatkan perhubungan dengan kepemimpinan negeri.


Yang turut dihadir isteri beliau, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles; Pengarah Unit Komunikasi negeri, Datuk Muda Mamat di samping Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Wan Abdul Rahman Hayat.


Berucap dalam majlis itu,  Ahmad Razif berkata, kewibawaan pihak media dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan itu secara tidak langsung dapat membantu kerajaan menangkis maklumat palsu dan fitnah terutama yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab di laman-laman sosial.


“Kerajaan negeri amat menghargai sebarang teguran dan kritikan membina yang dilontarkan media kerana ia akan membantu kami mengenal pasti dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada bagi kepentingan rakyat.


“Namun sebagai wartawan anda perlu berpegang teguh kepada etika kerana masyarakat berdepan dengan pelbagai saluran media yang kesahihan maklumatnya amat diragukan.


Dalam majlis itu, Ahmad Razif turut melancarkan Tabung Amanah Warisan Kawat yang bertujuan menjaga kebajikan para pengamal media di negeri ini sekiranya ditimpa sebarang musibah di samping menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Kawat untuk menguruskan kelab itu.-UTUSAN ONLINE