Ini termasuk lebih 80,000 individu yang mendaftar bagi melayakkan diri  merebut pelbagai hadiah lumayan melalui cabutan bertuah setiap hari sepanjang seminggu ekspo berlangsung.

 Pelbagai daya tarikan yang silih berganti disajikan setiap hari terus mewarnai kemeriahan  sepanjang  ekspo berlangsung.

 Gelagat enam badut dan maskot bersama watak animasi, Spiderman, Mickey Mouse dan Predator yang membawa lebih menceriakan terutama kanak-kanak dalam ekspo yang mengajak umum berada lebih lama di situ.

Salah seorang badut, Muhammad Ridzuan Roslan, 22, berkata, lebih 1,000 belon diberikan kepada pengunjung pada setiap hari, sejak hari pertama.

Katanya, Ekspo Terengganu 2018 merupakan acara terbesar yang pernah disertai maskot dari syarikat pengurusan, Big Job Entertainment itu.

Sementara itu Hotel Permai menawarkan peluang kepada pengunjung menikmati hidangan kelas hotel yang dijual pada harga terendah di samping harga bilik hotel pada kadar RM99.

Pengurus Besarnya, Noralizan Abd. Rahman berkata, nasi ayam kampung penyet  dijual pada harga RM12 berbanding nilai sebenar RM20 di hotel, di samping, burger oblong serendah RM6 (harga sebenar RM18) dan spageti bebola daging (RM6).

Katanya, menu lain termasuk mi calong (RM6), teh tarik special (RM3) dan air pegaga 'permai wow' bernilai RM3.

"Sambutan yang diterima memang di luar jangkaan dan dalam tempoh sejam sejak dibuka pukul 10 pagi tadi, nasi ayam kampung penyet Hotel Permai habis dijual, dan ekoran itu kami akan menyediakan 500 ekor ayam bagi keperluan hingga hari terakhir ekspo.-UTUSAN ONLINE