Ketibaan konvoi seramai 44 pegawai SPRM dari Kuala Pahang memasuki negeri ini dengan diketuai oleh Ketua Pensuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, disambut oleh Pegawai Daerah, Mohd Zahari Md Azahar.

Dalam majlis sambutan itu yang turut dihadiri Pengarah SPRM negeri, Mohd Zaki Hassan, Dzulkfli turut menerima borang Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) daripada Mohd Zahari di samping menyerahkan sumbangan kepada penduduk empat.

Selain sesi ramah mesra bersama masyarkat, Dzulkifli dan penguruan tertinggi SPRM kemudiannya turut bersama dalam permainan memanah tradisional.

Kejar’17 sejauh 2,385 kilometer bermula pada 18 September lalu akan berada Kuala Terengganu esok.

Sempena Kejar’17 itu, pada sebelah petangnya akan diadakan program `Kemah Keming Tolak Rasuoh’ di Pantai Telok Ketapang, Kuala Nerus yang bakal turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE