Program yang disertai 40 pengayuh itu bermula di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak dekat sini sehingga UniSZA Kampus Besut.

Pengarah Program, Wan Shahrin Azwan Wan Sulaiman berkata, pendekatan julung kali anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sempena musim tengkujuh itu bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli UCT dengan komuniti luar. 

"Acara ini terbuka kepada semua orang tanpa sebarang had umur kerana secara tidak langsung kita boleh menambah kenalan dengan peminat basikal di negeri ini.

SEBAHAGIAN daripada 40 pengayuh UniSZA Cycling Team (UCT) yang menjayakan program 'Kayohan Mahabbah'

SEBAHAGIAN daripada 40 pengayuh UniSZA Cycling Team (UCT) yang menjayakan program 'Kayohan Mahabbah' bagi mengeratkan ukhuwah dengan komuniti, pada musim tengkujuh. - UTUSAN ONLINE/ UNISZA

"Walaupun terpaksa meredah hujan lebat tetapi rata-rata peserta dapat menamatkan kayuhan mencabar itu malah kita teruja kerana dapat membawa pelumba, Anuar Manan untuk turut bersama berkayuh dan berkongsi ilmu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Penasihat UCT, Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad merancang untuk meneruskan lagi program Kayohan Mahabbah dengan menjelajah ke insititut pengajian tinggi (IPT) sekitar negeri ini pada masa akan datang.

"InsyaAllah kita akan ke IPT di setiap daerah seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Kolej Universiti TATI (TATIUC) Kemaman, Politeknik Hulu Terengganu dan University College Bestari (UCB) di Besut dalam mengeratkan lagi hubungan UniSZA dengan institusi berkenaan.

"Program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan UCT dalam usaha merapatkan ukhwah warga UniSZA dan komuniti luar selain menyemarakkan semangat kesukanan iaitu berbasikal secara beramai-ramai," katanya.- UTUSAN ONLINE