Melalui program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bagi terus memberi nafas kepada kegiatan cabang seni itu, Karya, mengetepikan lima kumpulan lain, dan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala dan sijil.


Pengarahnya, Lelawati Awang Chik diangkat sebagai pengarah terbaik manakala Mohd. Rashidi Isa dan Syaira Nur Azmina Mohd. Nasir sebagai pelakon terbaik; Mohd. Khairil Sabri (pelakon harapan lelaki terbaik) dan Nurul Fairuza Ahmad (sinografi terbaik).


N Events Heleexa Wan Enterprise dinobatkan sebagai naib johan menerusi pementasan Angkara manakala Perkumpulan Teater Terengganu (Komputer) di tempat ketiga dengan karya Senok.


Festival selama lima hari itu berakhir malam semalam di Auditorium JKKN negeri di sini. Hadiah kepada para pemenang di sampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JKKN, . Datuk Mod Zaky Din. 


Persatuan Laskar Seni Terengganu yang mementaskan Setan Dalam Bahaya pula meraih hadiah khas juri di samping Tular (Kelab Kreatif PKT) menerima hadiah kumpulan harapan dan Mondou oleh Anak Seni Razali 
(hadiah kumpulan paling popular).


Masing-masing membawa pulang RM300 berserta piala dan sijil manakala Nor Mohd. Azizi Abd. Aziz dan Nurul Syazwaniey Ayuniey Mazlan dipilih sebagai pelakon pembantu terbaik menerusi Senok; Nordiana Nordin (pelakon harapan terbaik - Angkara).


Acara dwitahunan itu menyediakan ruang kepada kumpulan teater mempamer dan meningkatkan mutu persembahan.


Namun ganjaran bagi pemenang tidak begitu merangsangkan ketika banyak pembiayaan, selain tuntutan masa dan tenaga diperlukan bagi menghasilkan persembahan apatah lagi jika mutu jadi pertaruhan.-UTUSAN ONLINE