Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah itu sedang diperincikan dan peruntukan bagi penyediaan prasarana akan dimasukkan dalam Bajet 2018.

Menurutnya, sebagai hab, keluasan kawasan akan ditambah 250 hektar lagi dan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Saya mahu kawasan ini jadi seperti hab melon madu di Besut sekali gus menambahkan lagi destinasi tarikan pelancong, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan petani.

Beliau berkata demikian se­lepas merasmikan Projek Tanaman Nangka Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap di Kampung Pelong di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Datuk Sabri Mohd. Nor. dan ADUN Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar.

Menurut Ahmad Razif, kerajaan bersedia memberi soko­ngan dan membantu memasarkan hasil tanaman terbabit.

“Saya juga sudah beritahu Muhammad Pehimi untuk berbincang dengan Pejabat Pertanian dengan memberi fokus kepada industri hiliran yang brsesuaian di sini.

“Mungkin mereka (peserta kelompok) boleh hasilkan nangka dalam bentuk vacum pek, kerepek atau apa sahaja yang boleh diusahakn bersama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),” katanya.

Katanya, tanaman nangka madu di RTB itu berjaya mening­katkan pendapatan penduduk malah ada yang meraih kira-kira RM3,000 sebulan.

Sehubungan itu katanya, ke­rajaan meluluskan pemberian tanah seluas 250 hektar di RTB itu bagi membuka ladang nangka baharu dengan Lesen Menduduki Sementara, dan tanah tersebut akan dianugerahkan kepada mereka jika terbukti diusahakan secara serius.