Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan itu, secara tidak langsung memperlihatkan ekonomi negeri serta negara terus dipacu dengan baik.

“Saya yakin jumlah itu akan terus melonjak dengan keadaan ekonomi semakin baik di samping pelaksanaan pelbagai projek besar untuk keselesaan rakyat yang akan turut menjana pertumbuhan peluang pekerjaan.

“Ini menunjukkan bahawa ekonomi negara serta negeri semakin berkembang berikutan pertambahan bilangan pekerja di seluruh negara hingga awal tahun ini,” ujarnya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Pekerja peringkat negeri di Stadium Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan ne­­geri sangat menghargai sum­bang­an pekerja yang bersama menterjemahkan dasar dan hasrat untuk memberikan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.

“Semua perancangan tidak memberi makna apa-apa jika tiada pasukan pelaksana yang gigih dan sanggup menyumbang tanpa mendahulukan laba di hadapan.

“Kami barisan kepemimpinan ne­­­­geri menzahirkan syukur ser­­ta berterima kasih kepada se­­mua pe­kerja yang banyak me­­­­­­nyumbangkan tenaga dan ke­­lestarian idea,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Ahmad Ra­zif turut memberi penerangan ten­tang pembangunan negeri ter­utama pusat bandar raya Kua­la Terengganu baharu yang se­dang dalam pembinaan bakal me­nambah tarikan di samping menjana ke­pesatan pembangunan ekonomi.

Sementara itu, bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang bersara baru-baru ini diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Pen­­jawat Awam Terbaik 2018 sempena sambutan tersebut.

Wan Nawawi yang mem­per­­­­li­hatkan komitmen tinggi ter­ha­dap tanggungjawab di sam­­ping pendekatan kreatif serta ino­­­vatif dalam melancar serta me­ningkatkan mutu perkhidmatan te­lah meletakkan pejabat SUK ne­geri berada kelas tersendiri de­ngan meraih pelbagai anugerah di peringkat negeri serta negara.

Pejabat SUK turut menerima Anu­gerah Majikan Prihatin dan Anu­­gerah Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Terbaik manakala Jabatan Kesihatan negeri meraih Anugerah Kehadiran Kakitangan Jabatan Tertinggi.