Program yang dimeriahkan dengan pertandingan memakan ubi berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Seri Medang dekat sini hari ini.

Program tahunan kali ketiga anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Keluang dan Komuniti Malaysia Mukim Keluang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan isteri, Hasniza Yahya.

Mohd Mahdi dan isteri turut menyertai pertandingan makan ubi di samping menyertai demonstrasi menyediakan ‘tonyoh’ sejenis kuih tradisional daerah Besut yang diperbuat daripada ubi kayu.

Pengunjung termasuk dari kampung-kampung yang terkenal dengan tanaman ubi keledek, ubi kayu, kemili dan gadong pula berpeluang untuk merasai keenakan pelbagai jenis makanan dan kuih muih yang dihasilkan daripada ubi tersebut. - UTUSAN ONLINE