Kedua-dua kampung itu dinilai dalam aspek kebersihan dan keindahan dengan meneri­ma hadiah RM2,000 manakala tempat kedua disandang oleh Kampung Gong Baru dan Kampung Teluk Ketapang (RM1,500).

Tempat ketiga dengan hadiah RM1,000 pula diraih g Kampung Beladau Kepong bagi daerah Kuala Terengganu dan Kampung Baru Tepuh bagi daerah Kuala Nerus.

Hadiah bagi program dalam dua daerah berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafei dalam majlis di Stadium Negeri di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu,Mohd. Zulkifli Abu Bakar dan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Zulkifli Omar.

Selain kampung cemerlang, enam lagi kategori dipertanding­kan iaitu kebersihan dan keceriaan masjid, tadika, tanah perkuburan, premis makanan dan tandas awam di samping program kitar semula di sekolah.

Bagi kategori masjid, Masjid Gong Tok Nasek dan Masjid Nor Bakti dipilih sebagai yang terbaik manakala Kampung Paloh Su­ngai Kiat dan Mengabang Telong bagi kategori tanah perkuburan.

Bagi tandas awam pula dimenangi oleh Tandas Awam Batu Buruk 1 dan Tandas Awam Kuala Nerus manakala bagi sekolah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Gelugor dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir.

Kategori premis makanan pula dimenangi oleh Zaidah Ismail (Plaza Padang Negara) dan Farah Nadia Razali (Gerai Farah) manakala bagi tadika, dimenangi oleh Tadika Yayasan Islam Jalan Pusara dan Tadika Yayasan Islam Seberang Takir.

Sementara itu, Mohd Zulkif­li berkata, pihaknya menerima peruntukan hampir RM200,000 untuk menceriakan kawasan MBKT terutama di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Terenggannu 2017.

Katanya, kerja-kerja memasang lampu dan memperindahkan landskap di Taman Awam Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang, Pulau Warisan dan persekitaran pusat bandar kini giat dijalankan.

“Penjagaan kebersihan tandas turut dipergiatkan dengan me­nyasarkan lebih banyak tandas-tandas mendapat penarafan lima bintang,”katanya.