Dengan keadaan jalan yang umumnya sesak dengan kenderaan, dan perjalanan agak menyiksakan, membataskan pergerakan kerana masa yang agak panjang terpaksa diambil untuk bertandang.

 Ekoran keadaan sebegitulah, semakin ramai yang mengaturkan program himpunan keluarga bagi mempertemukan sebahagian besar daripada mereka yang tinggal berjauhan.

 Ini termasuklah keluarga Nakesah@ Rokah Jaafar,76, yang sepakat mengadakan program himpunan keluarga sejak empat tahun lalu, dengan lokasi berbeza setiap tahun, dan kali di inap desa Pengadang Baru, dekat sini pada hari raya pertama dan kedua.

Anggota keluarganya, Mohd Zamani Jusoh, 45, memberitahu, Nakesah, yang berasal dari Kuala Kemaman merupakan ibu kepada enam orang anak hasil perkongsian hidup dengan seorang guru, Allahyarham Muda Abas kini menetap di kamung Jabi Setiu.

 Program itu berjaya menghimpunkan hampir 50 ahli keluaga termasuk menantu, cucu cicit yang menetap di beberapa negeri.

Enam orang anaknya merupakan usahawan, guru, kakitangan awam termasuk Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Terengganu,Tajmuddin Shah.

"Dengan pertemuan sebegini, anggota keluarga boleh mengatur perjalanan untuk meraikan Aidilftri bersama. Lokasi ditukar setiap tahun agar dapat beri suasana baharu,"ujarnya.-UTUSAN ONLINE