Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Datuk Rozi Mamat berkata,  keadaan itu yang semakin ketara diterjah arus sepanjang tengkujuh sememangnya dalam pengetahuannya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Saya akui hakisan ini bertambah serius terutama ketika musim tengkujuh dan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini..saya akan semak balik dengan jabatan berkenaan sama ada sudah ada peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih.

“Yang pasti, kerja-kerja ini akan ambil masa. Jika nak dibuat sekarang..cuaca tidak sesuai sebab musim tengkujuh belum berakhir dan kena tunggu sedikit masa lagi, “katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Graduasi Pengajian Tahsin al- Quran Hulu Terengganu (PETAH) di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Berua, Alias Pelong berkata, pihaknya bimbang kerana hakisan itu makin menghampiri kawasan penempatan penduduk serta sekolah.

“Sekarang ini jalan kecil sudah tidak dapat dilalui akibat runtuh dan terputus. Ini boleh membahayakan keselamatan terutama kepada kanak-kanak,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE