Kira-kira 400 orang menyertainya termasuk kalangan pemimpin tempatan, kakitangan jabatan dan agensi kerajaan serta swasta di samping pelajar serta penduduk setempat.

Sebanyak 200 pokok rhu ditanam buat permulaan bagi mengelak hakisan di samping menhijau dan menceriakan persekitaran.

Perasmian program anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menyemarakkan lagi suasana menjelang GNN 2107 itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah LKIM, M.Saedon Abul Majid; Pengarah LKIM negeri, Mohd Zawahid Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali.

GNN 2017 yang dicetuskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Kuala Kerteh.-UTUSAN ONLINE