Gangguan itu akan memberi kesan kepada 7,000 buah rumah melibatkan kira-kira 22,300 penduduk bagi kedua-dua kawasan

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Ir. Atemin Sulong menjangkakan gangguan akan berterusan dalam tempoh empat atau lima hari.

Bagi Kuala Terengganu kawasan yang terlibat adalah Kampung Bukit, Kampung Surau Haji Daud, Kampung Surau Panjang, Kampung Tok Dir, Kampung Tok Pong, Kampung Tok Peh, Kampung Surau Haji Yaakob, Kampung Cendering, Kampung Kuala Ibai, Kampung Tok Adis, Kampung Padang Negara dan Kampung Mengabang Tengah.

Katanya, kawasan lain adalah Kampung Gong Tok Nasek, Kampung Pak Maseh, Kampung Nibong, perumahan Permint Jaya, Kampung Kedai Buluh, Kampung Titian Baru, Kampung Atas Tol, Kampung Pengkalan Setar, Kampung Gong Pipit, Kampung Gelugur, Kampung Pengadang Baru, Kampung Laut, Kampung Belukar Jambu, Kampung Tok Molor, Kampung Sungai Derhaka dan Kampung Bukit Bayas serta sekitarnya.

“Daerah Kuala Nerus pula melibatkan sekitar kawasan perindustrian Gong Badak, RAKR Gong Badak, Kampung Alur Jambu, perumahan sekitar Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kampung Padang Nenas, Kampung Bukit Chempaka, Kampung Bukit Wan, Kampung Lingai, Kampung Bukit nenas, Kampung Pagar Ubi dan Kampung Padang Hangus.

“Di samping itu gangguan turut berlaku di Kampung perumahan RAKR Banggol Paradong, Kampung Bukit Petiti, Kampung Telari, Kampung Kubang Lembek serta sebahagian Kampung Kesom dan Kampung Lembek,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut Atemin, sebagai tindakan penyelesaian, pihak syarikat melakukan penghantaran air melalui lori tangki ke kawasan kritikal.

Beliau menasihatkan pengguna agar berjimat cermat dalam penggunaan air di samping menyimpan air secukupnya bagi menampung kegunaan harian.

“Pengguna juga diminta melapor segera jika sebarang kebocoran ditemui berlaku.

“Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh menghubungi petugas kami di Careline Satu 1-300-882-111,” katanya.- UTUSAN ONLINE