Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abd. Razak berkata, festival yang dijadikan sebahagian daripada program tarikan Tahun Melawat Terengganu 2017 itu akan diadakan di Desa Ukiran Kayu, Kampung Raja, Besut.

Katanya, pemilihan Besut sebagai lokasi pertama penganjuran acara berkenaan adalah tepat kerana ia merupakan ‘lubuk’ budaya negeri yang terkenal dengan seni ukiran kayu, main puteri, mak yong, wayang kulit, dikir barat dan permainan gasing di samping masakan tradisional.

“Festival ini merupakan penjenamaan semula acara Pekan Budaya yang kita laksanakan di setiap daerah sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah.

Menurut Tun Ahmad Faisal, objektif festival itu adalah untuk mendidik generasi muda supaya mengenal seni warisan negeri selain memperkenalkannya segala keunikan yang ada kepada pelancong. - UTUSAN ONLINE