Pengurus Besar Felcra Wilayah Timur, Zulkifli Sidik berkata penerima-penerima yang terpilih merupakan anak peserta Felcra, kakitangan serta penduduk berhampiran kawasan operasi agensi pembangunan tanah itu di enam lokasi.

Katanya, bantuan bernilai RM350 setiap seorang itu bertujuan untuk meringankan beban isi rumah di samping memastikan keselesaan murid-murid sepankang sesi persekolahan.

“Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kelengkapan persekolahan iaitu pakaian, beg sekolah, kasut, stoking, buku latihan dan peralatan tulis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra di Dewan Perkampungan Felcra kawasan Bukit Kapah di Telemong hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat. - UTUSAN ONLINE