Acara kayuhan yang disertai oleh 1,022 peserta itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM53,000.

Majlis pelepasan De’ Perasing [email protected] disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, (mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahnad Razif Abdul Rahman) dan Pengarah Eksekutif LPT2 Sdn Bhd, Datuk Azman Ismail.

Kayuhan bermula di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing. Di kilometer 261.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu roadbike 92 km, mountain bike 55 km dan vip 10 km.

Bagi memberi laluan acara ini berlangsung, LPT2 laluan Jabor-Kijal ditutup mulai 5 pagi hingga 2 petang. - UTUSAN ONLINE