Mereka merupakan kalangan 17,751 anggota masyarakat yang telah berbuat demikian sejak 2009 dengan kesedaran untuk terus menyumbang bagi membantu kalangan yang sangat memerlukan.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar berkata, pihaknya akan terus mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran dan tahap penerimaan masyarakat negeri ini terhadap pendermaan organ.

“Ini termasuklah nelalui Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan Let’s Talk, Jom Bincang yang diadakan sempena Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri, Datin Dr. Siti Hajar Daud ketika menutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, (Perubatan) Dr. Saifur Rahman Muhammad; Ketua Pengurus Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur, Dr. Omar Sulaiman dan Pengerusi Pusat Sumber Transplan Wilayah Timur, Datuk Dr Aisai Abd Rahman.

Program itu bertujuan memberi ruang kepada para sukarelawan berjumpa masyarakat awam dan menyampaikan maklumat secara terus kepada mereka.

“Program itu adalah bagi membuka mata masayarakat supaya memahami konsep sebenar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian,” katanya.-UTUSAN ONLINE