Program anjuran Yayasan Pelajaran Malaysia (YPM) itu bagi membantu pelajar luar bandar yang terpilih berasaskan potensi dengan latar keluarga berpendapatan rendah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud

Penutup majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Yang hadir sama, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin; Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail; Pegawai Pendidikan Daerah, Che Soh Muda dan Pegawai Seranta YPM Terengganu, Mahusin Taib

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, pelaksanaan tuisyen percuma itu mampu memberi bimbingan kepada semua pelajar dari segi teknik belajar secara berkesan, latih tubi dan menjawab soalan peperiksaan.

Katanya, usaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar memerlukan sokongan, penglibatan dan komitmen semua pihak.-UTUSAN ONLINE.