Kejohanan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 dengan perlumbaan sejauh 35 kilometer itu akan berlangsung
di kampung tradisional Gong Lingai, Batu Rakit dekat sini.

Ia dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Kayoh Bike Club , Terengganu Heritage Cycyling Team dan Kelab Kebajikan dan Sukan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus (PENERUS).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu, program ini mendapat sokongan dan penajaan daripada Kementerian Pelancongan dan kebudayaan serta kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan serta agensi-agensi kerajaan Persekutuan.

"Perlumbaan sejauh 35 km meredah denai-denai hutan, kebun buah-buahan, ladang dan laluan berbukit mencabar yang memiliki keunikan tersendiri.

"Ia bakal memberikan pengalaman yang tersendiri kepada para peserta apabila berkayuh sambil menikmati keindahan alam di samping cabaran mendaki yang mengujakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu Closed.

"Setakat ini seramai 1,300 peserta sudah mendaftar i termasuk seramai 37 peserta dariThailand, 3 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina.

"Terdapat juga acara-acara sampingan lain yang akan diadakan pada tarikh tersebut termasuk sukaneka dan pertandingan bola sepak 7 sebelah,"ujar beliau.

Selain hadiah wang tunai kepada 10 tempat teratas, abutan bertuah juga disediakan yang keseluruhannya bernilai RM20,000.00 termasuk hadiah utama iaitu skuter Yamaha Ego Solariz. - UTUSAN ONLINE