Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Budayakan membaca

Seiring usaha jadikan Terengganu anjung ilmu

SEBAHAGIAN daripada pelajar dan ibu bapa membaca dalam Kem Membaca 2
SEBAHAGIAN daripada pelajar dan ibu bapa membaca dalam Kem Membaca 1Malaysia peringkat negeri di SMK Padang Kemunting, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 4 April - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong cuba menarik perhatian bagi memberi lebih makna kepada Kem Membaca 1Malaysia peringkat negeri di sini hari ini dengan menghentikan seketika ucapan perasmiannya dengan mengajak mereka agar mula membaca.

Beliau memberi ruang beberapa minit kepada pelajar untuk fokus membaca apa-apa bahan termasuk yang terkandung dalam laman sosial dan kemudian memin­ta sebilangan mereka memperkatakannya sebelum menyambung ucapan.

Zubir, bekas pendidik yang gemar membaca, menarik perhatian terhadap kegiatan membaca yang belum menjadi budaya dalam masyarakat, apatah lagi kurangnya kecende­rungan terhadap bahan-bahan yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan me­rangsang ke arah kecemerlangan diri dan masyarakat.

“Baca, berkongsi dan sebarkan bahan-bahan yang menyentuh pelbagai pekara yang memberi faedah dan membawa kebaikan untuk semua, bukannya merosakkan,” katanya yang merujuk kepada gejala negatif yang lebih ditularkan.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Baz­lan Abdul Rahman; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Terengganu, Alias Taib dan Pengetua SMK Padang Kemunting, Md. Nasir Ismail.

Dalam majlis itu, Zubir turut melancarkan buku Misbaha: Putera Jalan Tok Lam terbitan Universiti Malaysia Terengganu bersama Persatuan Sejarah Ne­geri mengenai tokoh sejarah dan budayawan yang turut menulis dan menghasilkan buku untuk kepentingan umum.

Zubir berkata, dalam usaha membudayakan amalan membaca, beliau menyarankan agar diwujudkan hari membaca sekurang-kurang sekali dalam sebulan dan bahan-bahan itu kemudiannya dikupas.

Sehubungan itu, beliau me­nyarankan ibu bapa menjadi perpustakaann awam bagi aktiviti membaca sekeluarga sebagaimana ibu bapa membawa anak-anak ke pusat membeli-belah dan rekreasi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain