Sumbangan bagi membaik pulih surau itu diserahkan oleh pengerusi penaja persatuan itu, Wan Rusdi Wan Ismail kepada pengetua sekolah, Muhd Nor Saad.

“Persatuan berjaya mengumpulkan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk pungutan berkala daripada bekas-bekas pelajar bagi tujuan itu.

“Kita sedang berusaha untuk mendaftarkan persatuan ini, dan dalam masa terdekat dan selepas ini akan diikuti dengan mesyuarat agung pertama supaya lebih banyak sumbangan dapat diberikan kepada sekolah dan pelajar dalam pelbai aspek,” ujarnya.

Penyerahan dilakukan dalam majlis di kediaman Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad di Kampung Alor Keladi di sini malam tadi.

Berucap dalam majlis tersebut, Nawi meminta anggota masyarakat agar melibatkan diri dalam badan- badan bukan kerajaan untuk bersama- sama menjayakan pelbagai aktviti kemasyarakatan terutama dalam aspek kebajikan.

Ini termasuklah berganding bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar selain membantu meringankan beban pelajar dari keluarga miskin.

“Penglibatan itu akan menjadikan masa dan kehidupan mereka lebih berkualiti.

“Usaha itu bukan sahaja akan mendapat ganjaran besar malah dapat mengeratkan silaturahim dengan rakan-rakan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE