Bangunan yan terletak di kawasan seluas 4.04 hektar, dan mula beroperasi pada penghujung  2016 itu menempatkan 28 anggota dan 1 jentera LFRT Artego, 1 pacuan empat roda Hilux dan 1 bot aluminium.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dalam majlis yang dimeriahkan dengan pertunjukan kebombaan.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mohamad Mentek; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Soiman Jahid; Pengarah JBPM negeri, Azlimin Mat Noor dan  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak.

Dalam ucapannya, Raja Kamarul Bahrin berkata, pembinaan BBP Kijal adalah bukti komitmen kerajaan kepada setiap lapisan masyarakat agar mereka sentiasa dilindungi dan mendapat perkhidmatan yang terbaik.

“Perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan merupakan aspek penting yang perlu berkembang seiring dengan kemajuan pembangunan sesebuah negara bagi meningatkan tahap kesejahteraan rakyat.

"Persekitarannya yang selamat dan harmonis akan turut memberikan keyakinan kepada pelabur, dan pelaburan mereka diharapkan agar dapat merancakkan lagi perkembangan ekonomi negeri dan negara. -UTUSAN ONLINE