Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) yang mengambil peluang membangkitkan pelbagai permasalahan setempat dalam perbahasan Bajet 2018 hari ini memberitahu sidang Dewan, selama ini nelayan melabuhkan bot di Merang yang terletak sejauh hampir 15  kilometer, dan ini menyusahkan mereka.   

Di samping itu, beliau menyarankan agar unit Bomba turut ditempatkan di Pulau Redang yang menjadi tumpuan dari seluruh dunia dalam usaha usaha memastikan aspek keselamatan lebih terjamin.

Beliau juga menarik perhatian tentang keperluan dibekalkan sebuah bot kepada Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri bagi memudahkan urusan pengangkutan untuk tindakan terutama apabila berlaku kecemasan di Pulau Redang.

Selain itu, beliau menekankan keperluan untuk menangani hakisan  yang semakin menghampiri pantai dalam kawasan khidmatnya serta masalah saliran terutama di kawasan bersempadan dengan Tepoh yang boleh menyebabkan banjir kilat.- UTUSAN ONLINE