Program di ambang banjir yang diadakan di pusat pemindahan Pasir Gajah menarik penglibatan lebih 500 petugas terutama kalangan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi menyelaraskan gerjak kerja dan bentuk tindakan apabila berhadapan situasi sebenar.


Pasir Gajah  merupakan salah satu kawasan  terdedah dengan banjir, dan di sini  menguji keupayaan mereka mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk dalam aspek keslematan, pendaftaran mangsa, pemindahan barangan dan intervensi mangsa banjir selain didedahkan dengan taklimat kesihatan.


Simulasi sehari anjuran Pejabat Daerah dan Parlimen Kemaman turut disertai pelbagai agensi dan jabatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Belia Daerah.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman dijadualkan menutup program program itu.-UTUSAN ONLINE