Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, persiapan yang dilakukan kini sudah 100 peratus daripada segala aspek termasuk dari segi latihan, keanggotaan dan kekuatan aset.

“Kita akan menggerakkan jentera penyelamat bersama Pejabat Daerah Kemaman dan lain-lain agensi... kita berharap dapat lakukan yang terbaik dalam menghadapi pelbagai kemungkinan,” katanya di sini hari ini.

Mohd Said memberitahu, Selasa lalu pihaknya sekali lagi menganjurkan kursus menyelamatkan di air melibatkan 25 anggota diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Rizal Mohd Dan dan dibantu dua jurulatih awam bertauliah.

“Latihan selama dua hari itu diadakan di Sungai Kemaman seperti hadapan Kemaman Water Front, Sungai Pengkalan Pandan, Muara Sungai Kemaman dan Sungai Yakyah.

“Semua peserta diberi latihan cara-cara mengendalikan bot dan menyelamat di air. Dalam latihan tersebut, kita menggunakan lima buah bot dan lain-lain peralatan untuk menyelamat mangsa banjir,” katanya. -UTUSAN ONLINE