Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Angkasa mengambil kesempatan meninjau perjalanan koperasi itu di samping perkembangan proses pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Antara lain meliputi bidang peruncitan, kafetaria, kecantikan dan kesihatan serta produk atau perkhidmatan lain-lain yang diusahakan oleh pelajar.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan bagi meningkatkan kadar peratusan kebolehpasaran graduan di samping untuk melahirkan lebih ramai usahawan graduan yang berpotensi mencipta peluang kerjaya.

Sementara itu jurucakap Kosiswa UMT, Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman memberitahu, sehingga kini 424 warga kampus menjadi ahli, dan kopersi itu mencatat perolehan RM276,000 dengan keuntungan bersih RM50,000 sepanjang tahun lalu.

Kosiswa UMT memberikan perkhidmatan peruncitan, penyewaan percetakan, pembekalan program keusahawanan, perkhidmatan dobi dan kurier. - UTUSAN ONLINE