Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak cemerlang, ibu bapa turut terima ganjaran

SETIU 3 Sept. – Ibu bapa di daerah ini akan turut diberi ganjaran bersama anak-anak mereka yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.

MOHD. JIDIN

Pengerusi Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee berkata, ganjaran tambahan dalam bentuk wang tunai itu sebagai suatu rangsangan untuk meningkatkan tahap kecemerlangan calon di daerah ini.

“Bagi murid-murid yang mendapat semua A (6A) mereka akan menerima RM200 seorang manakala ibu bapa pula akan mendapat RM100 dan calon terbaik keseluruhan akan mendapat ganjaran sebanyak RM500,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Motivasi Perdana UPSR 2017 di Dewan Sungai Tarom di sini baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu dengan kerjasama Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Setiu melibatkan penyertaan 150 calon UPSR terpi­lih dari seluruh daerah ini bersama ibu bapa masing-masing.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah, Kipayatuallah Mohd. Said dan Pengerusi MGB Setiu, Abdullah Awang.

Mohd. Jidin turut menyentuh soal kesepakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak.

“Gandingan yang mantap antara guru dengan ibu bapa akan membantu mendorong anak-anak untuk lebih gigih berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai peringkat peperiksaan awam,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk melihat pencapaian akademik anak-anak di daerah ini setanding dengan daerah lain.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain