Malah, lebih menyulitkan lagi apabila air surut berlaku pada waktu tengah hari, iaitu ketika nelayan pulang dari laut dengan membawa hasil tangkapan ma­sing-masing.

Keadaan itu lebih menyukarkan nelayan untuk mendaratkan ikan di jeti kerana bot tersangkut di

ALWI OTHMAN
ALWI OTHMAN 

beting pasir.

Menurut mereka, masalah tersebut sudah dialami sejak bertahun dahulu dan telah membantut urusan nelayan yang tinggal di kawasan terbabit.

Sehubungan itu, nelayan di kawasan sekitar melibatkan Kampung Seberang Marang, Rhu Muda, Kelulut, Bukit Ga­sing dan Tanjung amat berharap agar pihak kerajaan dapat

membantu menangani masalah itu daripada dibiar berlarutan.

Seorang nelayan, Alwi Othman, 48, berkata, keadaan alur sungai yang semakin cetek menyebabkan bot nelayan sentiasa terkandas semasa keluar menangkap ikan dan pulang dari laut.

“Ia amat menyulitkan apabila air surut kerana alur di dalam muara sungai ini bertukar menjadi beting pasir, seolah-olah ia dilabuhkan di atas daratan.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan urusan nelayan, tetapi juga berbahaya kerana terdapat tunggul-tunggul kayu yang tersadai di dalam air,” katanya kepada Utusan Malaysia di hujung kuala Seberang Marang, baru-baru ini.

BAKRI ENDUT
BAKRI ENDUT 

Seorang nelayan dari Kampung Tanjung, Bakri Endut, 64, meminta supaya pihak berkaitan menyelesaikan segera masalah itu memandangkan ia berlaku sejak sekian lama.

“Kerajaan sebelum ini pernah berjanji untuk selesaikan masalah ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, tetapi apakan daya pemerintahan kini telah berubah,” katanya.

Menurutnya, alur sungai yang cetek menyebabkan nelayan terpaksa turun ke dalam air untuk menolak bot dan adakalanya terpaksa menunggu air pasang untuk ke laut terutama bagi bot bersaiz lebih besar.

“Ini untuk mengelakkan bot terlanggar beting atau tunggul kayu yang berada dalam air,” katanya.