Alumni Sekolah Tengku Abdul Rahman, Ipoh (STAROBA) di negeri turut tidak melepaskan peluang untuk bertemu rakan-rakan di sini semalam dalam majlis Pautan Silaturrahim yang membawa mereka larut dalam nostalgia.


Selain berkongsi kenangan, majlis seumpama itu merapatkan lagi hubungan yang terjalin semasa remaja, dan masa telah merubah kehidupan serta citra masing-masing.


Program yang pertama kali diadakan itu berjaya mengumpulkan seramai hampir 100 alumni sekolah itu termasuklah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.


Presiden STAROBA Terengganu, Mohamed Yusof Mohamed berkata, beliau dan rakan-rakan sudah lama berhasrat untuk mengatur pertemuan itu.


“Selepas berbincang dengan beberapa bekas pelajar dan Datuk Seri Idris kita berjaya mengadakan majlis pada hari ini.


“Saya mengharapkan Staroba Terengganu ini akan berkekalan dan kita boleh mengadakan aktiviti bersama seterusnya,”ujar beliau.-UTUSAN ONLINE.