Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang berkata, projek rekreasi itu merupakan sebahagian daripada program pembangunan di zon selatan daerah ini yang bakal merancakkan kegiatan ekonomi setempat dan di kawasan berhampiran.

Katanya, inisiatif itu secara tidak langsung akan menjadikan Alor Ketitir sebagai tumpuan baharu lokasi persinggahan persinggahan dalam perjalanan dengan kedudukannya di antara Mercang dengan Jambu Bongkok.

"Kita antara lain merancang untuk membina sebuah dataran dan projek penindahan di samping kemudahan dewan terbuka, trek joging serta taman permainan," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala ADUN Pengkalan Berangan di Gelanggang Futsal Kampung Alor Ketitir, di sini hari ini.

Kejohanan selama dua hari itu disertai 42 pasukan dengan menawarkan wang RM1,000 berserta piala dan medal untuk johan, manakala naib johan (RM700 dan medal), ketiga (RM400 dan medal) serta empat (300 dan medal).

Dalam perkembangan lain, A. Latiff berkata, satu hentian jagung akan dibangunkan di Jalan Kampung Pasir Putih melibatkan kira-kira 10 kiosk peniaga.

Katanya, projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan dilaksanakan tahun depan. - UTUSAN ONLINE