Beliau yang merupakan tetamu jemputan khas tiba kira-kira pukul 8.30 pagi dengan disambut Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali bersama Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Zahid hadir muktamar Pas
DR. AHMAD Zahid Hamidi (kanan) bersalaman bersama Abdul Hadi Awang (kiri) ketika menghadiri perasmian Muktamar Pas Pusat kali ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Selain beliau, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid di samping Setiausaha Agung parti, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta sayap Wanita dan Puteri juga hadir dalam majlis ini bagi memberikan sokongan moral kepada Pas

Ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir ke muktamar
ISMAIL Sabri Yaakob (kanan), Mahdzir Khalid (dua dari kanan), Annuar Musa (tiga dari kanan) dan kepimpinan tertinggi UMNO Terengganu yang menghadiri Muktamar Pas Pusat kali ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

Pada 6 September lalu, Ahmad Zahid mengesahkan kehadiran dalam Muktamar Pas Pusat yang diadakan di negeri ini selepas menerima jemputan tersebut menerusi barisan kepimpinan Pas.

Terdahulu kehadiran pimpinan UMNO termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam perasmian muktamar sayap Pas mencuri perhatian perwakilan dan pemerhati politik.- UTUSAN ONLINE